27 September, 2019
Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2019
27 September, 2019
Telah berlangsung satu Majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) bagi tahun 2019. Majlis bermula pada pukul 8.00 malam di adakan di Tanjung Demong Beach Resort, Terengganu. Majlis dihadiri YM Haji Tengku Ab. Rahman bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YM Haji Tengku Ab. Rahman bin Tuan Yunus dan diteruskan dengan menyampaian Anugerah Warga Contoh, Anugerah Lama Berkhidmat, Anugerah Pegawai Harapan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar penerima anugerah dan bersurai.
Ditulis oleh: Hasif Mazlan