16 Jun, 2020
YIK Melaksanakan Pembelajaran Secara Atas Talian Untuk SMU dan STAM Tahun 2O2O
16 Jun, 2020
NILAM PURI : Sebagai menurut saranan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Yayasan Islam Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan proses pembelajaran dan pengajaran secara atas talian dengan menggunakan medium ‘facebook’ sebagai pengantaraan antara guru dan pelajar.
Unit Kurikulum Yayasan Islam Kelantan dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat Yayasan Islam Kelantan telah mewujudkan ‘facebook page’ dengan menggunakan nama PdP SMU YIK dan PdP STAM YIK untuk tujuan tersebut.
Semoga dengan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2020.
Ditulis oleh: Hasif Mazlan