Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
02 Oktober, 2020

Majlis Perpisahan Pertukaran Timbalan Pengarah Pengurusan

02 Oktober, 2020

KOTA BHARU : Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 2 Oktober 2020 bertempat di Royal Guest House sempena pertukaran Timbalan Pengarah Pengurusan Yayasan Islam Kelantan Encik Muhamad Rasani Bin Ramli yang bertukar ke Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai Setiausaha MAIK.

YM Pengarah Engku Rajhan Engku Ismail merakamkan ucapan terima kasih diatas jasa yang telah dilakukan oleh Encik Muhamad Rasani sepanjang berada di Pejabat Yayasan Islam Kelantan. YM Pengarah turut meraikan kedatangan Timbalan Pengarah Pengurusan yang baru,  Tn Hj Shamsul Abu Bakar yang sebelum ini merupakan Setiausaha Sulit Kanan di Pejabat Menteri Besar Kelantan,

Majlis perpisahan ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan pengarah, Penolong-penolong Pengarah dan pegawai-pegawai di Bahagian Pengurusan Yayasan Islam Kelantan.

 

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib