Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
12 November, 2020

Lawatan Kerja YM Pengarah YIK ke Maahad Saniah

12 November, 2020

YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Engku Rajhan bin Engku Ismail mengadakan lawatan ke Maahad Saniah Pasir Puteh pada 11 Oktober 2020 untuk melihat perkembangan sekolah berkenaan dengan lebih dekat. Beliau yang tiba jam 10.45 pagi itu disambut oleh pengetua maahad, Ustaz Ahmad Suzani Jaafar, barisan pentadbiran sekolah dan guru-guru.


Dalam lawatan tersebut YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan turut meninjau keadaan bangunan sekolah yang mengalami masalah air bertakung di kawasan sekolah kesan dari masalah sistem peparitan di bandar Pasir Puteh ketika musim banjir. YM Pengarah turut melakukan tinjauan pada dewan yang sedang dibina oleh pihak sekolah.

Lawatan ini turut disertai oleh rombongan ahli mesyuarat Pengurusan Yayasan Islam Kelantan yang terdiri daripada Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Sumber Manusia, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Pembangunan dan Penolong Jurutera Pembangunan

 

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib