Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
28 Oktober, 2020

Yayasan Islam Kelantan Buka Tingkatan 4 Dan 5 SMU(A) Nurul Ihsan Kandek Penuhi Permintaan Masyarakat Setempat

28 Oktober, 2020

Kandek – “Setelah kita berbincang dengan Bahagian Sekolah Yayasan Islam Kelantan, kita setuju untuk buka tingkatan empat dan tingkatan lima di SMU(A) Nurul Ihsan Kandek” demikian dinyatakan oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dalam sesi pertemuan dengan pentadbir dan guru-guru SMU(A) Nurul Ihsan Kandek pada 25 Oktober 2020.

Beliau berkata demikian sewaktu lawatan kerja ke sekolah SMU(A) Nurul Ihsan Kandek Dabong yang turut disertai YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan bersama rombongan pengurusan YIK.

Lawatan kerja ini juga disambut oleh YB Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Ustaz Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman dan Adun Dabong, YB Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin Hussin

Sementara itu, YM Pengarah YIK dalam ucapannya, merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan pihak sekolah melonjak pencapaian dalam beberapa keputusan peperiksaan hasil kerjasama semua pihak serta komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh para guru.

Majlis dihiasi dengan penyampaian sumbangan duit zakat kepada para pelajar dan penyampaian 1 set komputer dan lcd projektor oleh YM Pengarah YIK kepada sekolah.

Majlis berkenaan dihadiri ibu-bapa pelajar sekolah SMU(A) Nurul Ihsan Kandek dan masyarakat setempat yang turut sama membantu pihak sekolah dengan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah serta menyediakan jamuan keraian.

Program turut dimeriahkan dengan sambutan konvoi motosikal anak muda Kandek mengiringi masuk ke kawasan sekolah.

Yayasan Islam Kelantan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah di atas sambutan yang diberikan dengan iringin doa agar terus maju jaya di masa akan datang.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib