YIK-JPN Mantapkan Kerjasama Dua Hala
Yayasan Islam Kelantan terus memantapkan kerjasama dua hala dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dalam aspek pendidikan yang melibatkan kepentingan bersama. Perbincangan mengukuhkan hubungan itu telah diadakan pada 19 Januari 2021 antara YM Pengarah YIK dan Pengarah JPN di Yayasan Islam.
Pengarah JPN, Encik Abu Hanifah@ Fauzi b. Zahari bersama Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan, Hj. Mohamed b. Abd. Wahab , Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Encik Hasani Hashim dan Ketua Penolong Pengarah Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengursan Sekolah, En Alias Ismail turut sama dalam pertemuan berkenaan. Sementara YIK disertai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Sekolah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Kenaziran dan Penolong Pengarah HEM.
Perbincangan lebih tertumpu kepada usaha bersama pelaksanaan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mendepani pandemik Covid 19 serta tatacara pengurusan pergerakan pelajar dari zon merah luar Kelantan untuk mendaftar masuk ke asrama sekolah-sekolah di negeri Kelantan. Di samping itu peringatan berterusan kepada calon-calon peperiksaan untuk sentiasa menjaga diri dari pandemik ini untuk membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan teratur.
Selain itu, YIK dan JPN akan memperkukuhkan kerjasama memantapkan pengurusan guru KPM yang berkhidmat di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Pemantauan berterusan dan perhatian dari kedua belah pihak akan menyuntik semangat baru kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat.
Pihak Yayasan Islam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih terhadap usaha yang dirintis ini untuk kebaikan bersama dan masa depan yang lebih gemilang.