Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
15 disember, 2020

Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2019 (2)

15 disember, 2020

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan meraikan 10 orang pelajar cemerlang yang terpilih diantara 592 orang pelajar dalam satu Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2019 yang diadakan di Bilik Seminar 2 Pejabat Yayasan Islam Kelantan di sini baru-baru ini.

Anugerah ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Haji Hassan. Majlis anugerah ini yang merupakan kali ke-16 diadakan sejak tahun 2006 dan dilansungkan dengan ringkas dengan langkah-langkah pematuhan SOP berkaitan COVID-19.

Penghargaan berupa sumbangan Kerajaan Negeri ini diberikan kepada pelajar-pelajar terdiri dari sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri, sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, Maktab Rendah Sains Mara dan juga Anak Kelantan yang cemerlang dari sekolah-sekolah luar negeri yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) pada tahun 2019 dan Pangkat Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Setiap pelajar akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 seorang yang dikreditkan terus ke akaun SSPN-i.

Baki penerima yang tidak hadir ke majlis ini, boleh hadir ke kaunter khidmat pelanggan Pejabat Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri bagi mendapatkan sijil akaun SSPN-i yang telah dikreditkan sebanyak RM500 dengan membawa surat jemputan yang telah diberikan sebelum ini.

Turut hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Azhar bin Salleh, YM Pengarah YIK Engku Rajhan bin Engku Ismail dan Encik Muohd Rusdi bin Ismail, Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional serta ibu bapa pelajar-pelajar tersebut.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib