Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
22 Mac, 2021

YIK menerima penganugerahan Sijil Anugerah Khas Perlindungan Keselamatan

22 Mac, 2021

Yayasan Islam Kelantan berjaya memperolehi Sijil Anugerah Khas Perlindungan Keselamatan dari Bahagian Keselamatan Kerajaan dengan pencapaian 4 bintang. Majlis penyerahan sijil berkenaan telah diadakan pada 15 Mac 2021 di Bilik Mesyuarat utama Kompleks Pentadbiran  YIK di Tunjong.  Pengarah YIK, YM Engku Rajhan b Engku Ismail menerima pengiktirafan berkenaan daripada Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Kelantan, Hj. Mohamad Foudzi  Abdullah.

Dalam ucapan penyamapain berkenaan, Hj. Foudzi berkata, pelaksanaan anugerah kepada jabatan kerajaan ini dibuat secara terpilih kepada 5 buah jabatan Kerajaan Negeri dan 5 buah jabatan Kerajaan Persekutuan, YIK telah mencapai tahap cemerlang untuk disenarai pendek dari kalangan jabatan kerajaan negeri ke Putrajaya selepas pengauditan pada 2019 y ang lalu. Beliau berharap pematuhan prosedur keseleamatan menjadi sebagai daripada budaya kerja dalam melaksanakan tugasan harian. Pengarah Keselamatan itu juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian cemerlang itu dan berharap agar ianya dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Sementara itu YM Pengarah dalam ucapan balasnya berharap dengan perpindahan ke pejabat baru di Tunjong ini, aspek-aspek keselamatan akan lebih diberi perhatian dan menepati saranan yang di tetapkan oleh pihak keselamatan. Malah beliau berharap YIK akan muncul dengan pencapaian 5 bintang pada masa hadapan.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan, En Muhammad Faiz Rezuan b. Mohd Nasir, Penolong Pegawai Keselamatan, Encik Mohd Razman b Awang, Pembantu Keselamatan Kanan, Encik Wan Salman b Wan Hussin, Timbalan-timbalan Pengarah YIK, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Ketua Eksekutif Khidmat Pengurusan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib