Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
29 Jun, 2021

YM Pengarah Mengadakan Kunjungan ke PKRC

29 Jun, 2021

Salor, Kota Bharu, 11 Mei - Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail telah mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) di Sekolah Menengah Salor, Kota Bharu pada 11 Mei 2021. Kunjungan ini adalah untuk melihat secara dekat perjalanan pusat kuarantin berkenaan yang turut dihuni oleh pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan yang positif COVID-19 dari beberapa buah Maahad Tahfiz.

YM Pengarah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas dan frontliner yang telah menunaikan tanggungjawab untuk memastikan tiada penularan dan sentiasa memantau tahap kesihatan pesakit dari masa ke semasa.

Dalam kesempatan itu juga YM Pengarah turut menyampaikan sumbangan untuk diagihkan kepada semua penghuni berupa makanan ringan dan air minuman. Turut serta dalam kunjungan berkenaan, Timbalan Pengarah Pengurusan, Hj. Shamsul b. Abu Bakar, Timbalan Pengarah Sekolah, Hj. Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik, Hj. Mohd Zaki b. Deraman dan Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan), Hjh. Nur Azah bt. Abdul Rahman.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib