Peratus Keseluruhan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), (SMU Dini) dan SMTQ 2020 Meningkat kepada 96.50%
Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjung, 08 Julai - Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU)bagi tahun 2020 sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan meningkat kepada 96.50 peratus berbanding 92.17 peratus pada tahun 2019. Keputusan peperiksaan berkenaan telah diumumkan pada 8 Julai 2021 oleh Pengarah YIK, YM Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail di Lobi Bangunan Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan Tunjung.
Sekolah yang mencapai keputusan cemerlang adalah Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS: 1.01) mewakili Maahad Kawalan. Bagi kategori Maahad Pilihan, Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan mendahului sekolah-sekolah lain dengan (GPS:1.59). Maahad Syamsul Maarif Perempuan pula mewakili Maahad Kerajaan dengan pencapaian (GPS:1.65). Dalam kategori SMU(A), pencapaian tertinggi diperolehi oleh SMU(A) Tarbiah Diniah (Tahfiz) Bunut Sarang Burung, Tumpat (GPS:1.59). Sementara untuk kategori SABK, pencapaian terbaik adalah SMU(A) Tarbiah Islamiah Kuala Kajang (GPS:1.45). Sekolah-sekolah berkenaan mencatatkan pencapaian 100%.
SENARAI SEKOLAH CEMERLANG MENGIKUT KATEGORI SEKOLAH :Â
1-Â Maahad Kawalan - Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa -Â 100% /Â Gred Purata Sekolah (GPS: 1.01)
2- Maahad Pilihan -Â Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan - 100% /Â Gred Purata Sekolah (GPS: 1.59)
3-Â Maahad Kerajaan -Â . Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong - 100% /Â Gred Purata Sekolah (GPS:Â 1.65).
4- Sekolah Menengah Ugama (Arab) SMU(A) - SMU(A) Tarbiah Diniah (Tahfiz) Bunut Sarang Burung, Tumpat - 100% / Gred Purata Sekolah (GPS:1.59)
5- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) -Â SMU(A) Tarbiah Islamiah Kuala Kajang - 100% /Â Gred Purata Sekolah (GPS:1.45)
Dari sudut pencapaian sekolah dengan kelulusan penuh, sebanyak 47 buah sekolah mencatatkan keputusan 100 peratus yang terdiri dari 14 buah Maahad, 10 buah SMU(A), 13 buah SABK dan 10 buah sekolah swasta yang menyertai peperiksaan SMU dari dalam dan luar negeri Kelantan.
YM Pengarah YIK dalam satu kenyataannya mewakili Lembaga Peperiksaan YIK mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan agenda memperkasakan pendidikan di negeri ini khususnya pendidikan agama di sekolah-sekolah YIK serta mengingatkan agar terus mengembeling usaha untuk sentiasa maju ke hadapan dengan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Agihan keputusan kepada pengetua telah dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang ketat melalui kaedah pandu lalu dan dalam pecahan pengagihan yang kecil bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 pada masa ini. Arahan juga dikeluarkan kepada semua pengetua untuk membuat agihan keputusan peperiksaan berkenaan di peringkat sekolah secara maya atau serahan fizikal melalui penghantaran tanpa melibatkan aktiviti bersemuka.