Lawatan Ke Maahad Sains Nurul Hidayah Tualang Tinggi
Pasir Puteh : 2 Nov - YM Engku Rajhan b. Engku Ismail, Pengarah Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan lawatan ke Maahad Sains Nurul Hidayah Tualang Tinggi sempena Majlis Solat Hajat Pembukaan Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah pada 2 November 2021.
Lawatan berkenaan adalah untuk melihat dengan lebih dekat pembangunan di Maahad berkenaan yang telah memulakan operasi di Tualang Tinggi setelah berpindah dari tapak sementara di Pusat Kokurikulum di Jelor.
Di dalam ucapan beliau seusai solat hajat, YM Pengarah menekankan pencapaian KPI sekolah menjadi teras pengukuran prestasi Maahad Tahfiz selain turut menyatakan komitmen untuk menambah baik kemudahan asrama. YM Pengarah turut menyatakan YIK telah menambah baik skim perkhidmatan kepada skim yang lebih baik bagi menangani isu perpindahan guru YIK ke insitusi pendidikan yang lain.
Pengetua MTS Nurul Hidayah, Ust. Pahruddin Karimi bin Che Muhammad turut merakamkan setinggi penghargaan di atas kunjungan rombongan Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
Hadir sama dalam lawatan berkenaan YB Hj. Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah, ADUN Limbongan, YABrs Hj. Azi Rahimi Mohamad, Pengarah YAKIN, penghulu, dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan manakala rombongan Yayasan Islam Kelantan pula terdiri daripada Timbalan Pengarah Pengurusan, Hj. Shamsul b. Abu Bakar, Timbalan Pengarah Sekolah, Hj. Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik, Hj. Mohd Zaki b. Deraman dan Timbalan Pengarah Kenaziran, Hj. Sukeri b. Hussin.
Â
Â