Sumbangan Zakat Bank Islam Kepada Yayasan Islam Kelantan
Kota Bharu - Pengurus Bank Islam Kawasan (Pantai Timur), Pn. Rosmawati Mohamed Zin telah menyampaikan sumbangan zakat Bank Islam sebanyak RM 50,000.00 kepada Yayasan Islam Kelantan pada 28 November 2021. Sumbangan ini diterima oleh YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Engku Rajhan b. Engku Ismail  dan akan disampaikan di dalam bentuk bantuan kepada para pelajar fakir dan miskin.
Antara rombongan Bank Islam yang hadir ialah Pn. Nurol Ain Abg Latip (Pengurus Consumer Negeri), Pn. Wan Rusmayaty Wan Hussin (Pengurus Deposit Negeri), En Sulaima Mohd Zin (Pengurus Cawangan K.Kerian dan Wan Hawari Wan Mohamed (Pengurus Deposit). Turut hadir Sama  daripada Timbalan Pengarah Pengurusan YIK, Hj. Shamsul b. Abu Bakar, Timbalan Pengarah Sekolah, Hj. Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik, Hj. Mohd Zaki b. Deraman dan Akauntan En .Mohd Yulfaisal bin Mat Yusoff.  Majlis berlansung di Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Islam Kelantan.