Huffaz, Modal Insan Masa Depan
Grand Renai, Kota Bharu: 23 Disember, Seramai 193 pelajar yang menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran telah diraikan pada Majlis Graduasi Tahfiz bagi tahun 2020 di Hotel Grand Renai Kota Bharu. Para huffaz ini terdiri daripada 45 orang dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, 26 orang dari Maahad Tahfiz Al-Quran Banggol Chicha Pasir Mas, 57 orang dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, 5 orang dari Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, 38 orang dari Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, 4 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Sains Al Muhammadi Nipah Bachok, 11 orang dari SMU(A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung Tumpat, 12 orang dari SMU(A) Al Kauthar Peringat dan 2 orang dari Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lil Banat, beta Hulu.
Majlis kali ke 11 itu telah disempurnakan perasmian oleh YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis yang diadakan secara tertutup dengan pematuhan SOP yang ketat dihadiri oleh pelajar dan ibubapa lebih 600 orang. Dalam ucapannya YAB Dato’ menaruh harapan yang besar kepada generasi muda untuk menghidupkan Al-Quran dalam negeri yang tercinta ini dan menjadi penerus kepada penjunjung al Quran pada masa hadapan. Benih yang ditanam pada hari ini pasti subur mewangi di tanah rendah sekebun bunga ini ujarnya.
Acara tahunan yang tertunda ini pada lazimnya diadakan pada setiap awal tahun, namun akibat pandemik yang melanda program anugerah 2020 diadakan pada tahun 2021. YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar diberi penghormatan mengetuai perarakan akademik bersama YB Dato Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Exco Pendidikan, Ahli-ahli Lembaga, Pengetua-pengetua Tahfiz serta pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan.