Kelab Kebajikan dan Sukan YIK Anjur Program “Train To Dabongâ€
Dabong: 5 Mac – Kelab Kebajikan dan Sukan Yayasan Islam Kelantan menganjurkan program “Train To Dabong†pada 5 Mac 2022 yang melibat kan penyertaan seramai 100 peserta dari ahli kelab dan keluarga masing-masing termasuk Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail. Program yang bermula dengan perjalanan awal pagi dari stesen keretapi Wakaf Bharu dan tiba di Dabong hampir pukul 11.00 pagi. Urus setia program telah membuat persiapan rapi dengan mengatur pergerakan kenderaan untuk lawatan ke tempat-tempat menarik di daerah berkenaan. “Train To Dabong†menjadi semakin menarik perhatian umum apabila dipopularkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul b. Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan bajet di Dewan Rakyat tahun lalu. Antara destinasi wajib adalah lawatan ke Gua Ikan dan menikmati panorama indah berlatarkan air terjun Gunung Stong. Inisiatif yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjadikan tempat-tempat lawatan ini semakin menarik dengan mercu tanda dan papan-papan tanda yang memudahkan pengunjung.
Dalam pada itu, pihak Persatuan Wanita Islam Yayasan Islam Kelantan (WANIS) turut mengambil kesempatan untuk mengadakan kunjungan ke sekolah SMU(A) Nurul Ihsan Kandek, Dabong dalam siri “ Program Titipan Kasih YIK dan Cakna Wanis“ kali ke 10. Pengerusi WANIS, YM Hjh. Tg Sahariah bt. Tuan Hamzah menyampaikan sumbangan RM10,000.00 kepada Pengetua, Ust. Mohd Naim b. Abdul Ghani mewakili pelajar asnaf sekolah berkenaan. Selain itu, beberapa sumbangan lain turut disampaikan termasuk bakul makanan kepada penerima yang layak dari kawasan berkenaan.
YM Pengarah YIK mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah meraikan kunjungan WANIS bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Yayasan Islam Kelantan pada kali ini dan bersedia untuk memberi perhatian kepada beberapa perkara berbangkit berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Sementara itu, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan YIK, Tn. Hj. Shamsul b. Abu Bakar mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama terbaik dalam menjayakan program pada kali ini. Beliau berharap penyertaan lebih ramai dari ahli kelab dalam program-program akan datang. Turut serta Timbalan-timbalan Pengarah dan Penolong-penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan.