YIK Ungguli Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) 2020 Kategori ICT
Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengungguli Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) 2020 telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Pembangunan Sistem Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan telah berjaya memberikan keyakinan kepada barisan juri yang bijaksana, sekaligus menyaksikan YIK membawa pulang hadiah RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.
Hadiah berkenaan disampaikan oleh Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) kepada Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Engku Rajhan bin Engku Ismail yang berlangsung hari ini di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.
Kumpulan Inovasi YIK diwakili oleh YBrs Encik Nik Ramzi Al-Samadi bin Abdul Samad, Pegawai Teknologi Maklumat YIK selaku Ketua pasukan Inovasi ICT, YBrs Encik Fauzan Jamain selaku Ketua Pembentangan, bersama YBrs Encik Kamarul Ashraff, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat YIK.
Sistem berkenaan dibangunkan secara dalaman oleh Unit Teknologi Maklumat Yayasan Islam Kelantan bagi membolehkan ibu bapa dan para pelajar yang ingin menyambung pengajian di sekolah-sekolah Maahad KAwalan Yayasan Islam Kelantan memohon secara dalam talian, mendapat infomarsi terkini berkaitan status permohonan lebih mudah dan cepat.
Ia sekaligus meningkatkan keberkesana perkhidmatan kepada para pelanggan dengan pilihan perkhidmatan dalam talian selain memendekkan masa untuk membuat permohonan dan semakan status permohonan kurang dari 5 minit.
Sistem ini dibangunkan dalam tempoh 3 bulan tanpa melibatkan sebarang kos kerana dibangunkan scara in-house da menggunakan peralatan sedia ada.
Sementara itu, Majlis Daerah Pasir Puteh dinobatkan sebagai johan bagi kategori Inovasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan projek Portable Roro Tank.
Juara membawa pulang RM4,000 bersama piala pusingan, iringan berserta sijil.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) sentiasa komited dalam membudayakan inovasi dan kreativiti perkhidmatan awam selari dengan aspirasi Pelan Tindakan Inovasi SUK 2015-2020 bagi meletakkan Kelantan setanding dengan pencapaian negeri-negeri lain.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, dalam kesukaran negara berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19), namun pembudayaan inovasi secara berterusan masih mampu dilaksanakan dengan komitmen semua pihak.
Menurutnya, Jawatankuasa Pemandu Inovasi Negeri merupakan satu forum penting dan berperanan sebagai badan pemantau yang memastikan penglibatan semua jabatan serta agensi kerajaan ke arah amalan budaya berfikiran inovatif dan kreatif dalam kerja seharian.
Sumber akhbar :