Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
13 Mac, 2022

Naik Taraf sekolah: SMU(A) TARBIAH MARDHIAH PANCHOR sebagai MAAHAD

13 Mac, 2022

Kota Bharu: 13 Mac - SMU(A) Tarbiah Mardhiah Pachor dinaiktaraf sebagai sebuah lagi Maahad Yayasan Islam Kelantan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29 buah. Majlis pengistiharan penuh warna warni itu telah disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli b. Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan pada 13 Mac 2022.

Pengistiharan sebagai “Maahad” menjadikan tanggungjawab pembangunan sekolah ini diletakkan di bawah tanggungan Kerajaan Negeri, selain itu keperluan sumber manusia termasuk guru dan kakitangan sokongan akan disalurkan mengikut peruntukan dan peraturan sebagaimana maahad sedia ada.

Sementara itu, YB. Dato’ Exco dalam ucapannya menegaskan bahawa YIK sentiasa bergerak kehadapan mendepani cabaran yang lebih kompleks pada masa akan datang. Inilah yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan agenda melaksanakan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK). Menurut beliau, tanggungjawab Kerajaan adalah menyediakan keperluan pendidikan, manakala pelajar adalah yang mewarisi keilmuan dengan mencerna keunggulan sahsiah dalam bermasyarakat dan bernegara. Sebagaimana ulama terdahulu berjaya melahirkan golongan cendikiawan pada hari ini, maka tugas kita semua pada hari ini adalah mencorak genarasi yang akan datang. Pembinaan generasi ilmu pada hari inilah yang akan menentukan keampuhan masyarakat menangani cabaran globalisasi yang lebih merbahaya. Paling utama, prasana keperluan pendidikan sebagai persediaan masa depan.

Majlis pengistiharan berkenaan dilaksanakan dengan pematuhan sop ketat dengan penyertaan ahli-ahli jawatankuasa PIBG sekolah, YB Ust Ahmad Fathan, Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka, wakil-wakil agensi, dan wakil dari Pusat Khidmat DUN Panchor.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib