Selamat Bertugas di Tempat Baharu
Kota Bharu: 1 Jun -Â Seluruh warga Yayasan Islam Kelantan mengucapkan Selamat Bertugas di Tempat Baharu kepada Hj. Shamsul b. Abu Bakar, mantan Timbalan Pengarah Pengurusan Yayasan Islam Kelantan setelah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim mulai 1 Jun 2022.
Beliau yang mula berkhidmat dengan Yayasan Islam Kelantan mulai 1 Oktober 2020 mempunyai pengalaman perkhidmatan yang luas, antaranya pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Masjid di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Pegawai Protokol dan Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB. Menteri Besar. Beliau juga terlibat dengan Institut Tadbiran Awam Malaysia, INTAN Kawasan Timur sebagai tenaga pengajar dalam bidang perkhidmatan dan pentadbiran. Anak kelahiran Melor ini mempunyai misi dan visi yang sangat jelas dalam mengurus apa juga bidang perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan.
Pihak Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan majlis keraian dan perpisahan bertempat di Renai Hotel dengan kehadiran YM Pengarah dan juga pengurusan tertinggi YIK. Jutaan terima kasih atas segala curahan khidmat bakti selama tempoh berada di Yayasan Islam Kelantan dan kemafaan jua dipohon sekiranya terdapat sebarang kekhilafaan sepanjang bertugas. Dalam majlis yang sama, turut diraikan Dr. Nik Abdul Rahman Nik Yaacob, Pegawai Kurikulum YIK yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) mulai 1 Jun 2022.