Majlis Pengumuman Peperiksaan SMU/SMTQ/SMU(DINI)/ STUP YIK 2021
Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong: 09 Ogos : Keputusan peperiksaan SMU/SMTQ/SMU(DINI)/STUP YIK tahun 2021 untuk keseluruhan sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan telah diumumkan oleh Yb. Ustaz Azhar Bin Salleh merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan.
Calon berdaftar peperiksaan awam kelolaan Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan tahun 2021 seramai 6,477 orang calon. Daripada jumlah tersebut seramai 5,690 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama, 609 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama (Dini), 113 orang calon bagi Sijil Menengah Tahfiz Al Quran dan 65 orang calon bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok.
Pelajar yang lulus dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun 2021 seramai 5604 orang atau 92.44 % daripada jumlah calon seramai 6062 orang iaitu lulus sekurang- kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut. Keputusan menunjukkan penurunan sebanyak 4.06%.
Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 1437 calon berbanding 1769 calon pada tahun 2020. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan seramai 1671 calon berbanding 1778 calon pada tahun 2020. Pencapaian pangkat Jayyid seramai 1859 calon berbanding 1566 calon pada tahun 2020 dan pencapaian pangkat Maqbul seramai 637 calon berbanding 488 calon pada tahun 2020
Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran seramai 412 orang manakala calon yang mendapat pencapaian pangkat Mumtaz seramai 1437 orang.
Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong memperolehi (GPS :1.03), Maahad Sains Tok Guru memperolehi (GPS :1.10) dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah memperolehi (GPS :1.16)
Keputusan ini menunjukkan penurunan dalam peperiksaan SMU/SMU (Dini)/SMTQ sebanyak 4.06 % berbanding tahun 2020.
Manakala bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), seramai 57 orang calon telah menduduki peperiksaan. Jumlah calon meningkat seramai 14 orang berbanding tahun 2020 seramai 43 orang calon. Pelajar yang lulus pada tahun 2021 ialah seramai 38 orang calon dengan peratus kelulusan penuh 66.67 % berbanding 60.46 % tahun 2020.
Pencapaian terbaik 8 Mumtaz bagi semua mata pelajaran seramai 0 orang, manakala pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz seramai 04, pangkat Jayyid Jiddan seramai 14, pangkat Jayyid seramai 16 dan dan pangkat maqbul seramai 04 orang. Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.21 % berbanding tahun 2020.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam melakar kecemerlangan akademik ini terutamanya para guru, ibu bapa dan pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.