Kelantan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) 2022
Kompleks Sukan USM, Pulau Pinang, - 16 Sept, Kontinjen Kelantan yang diwakili oleh Yayasan Islam Kelantan diumumkan sebagai Johan keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
KESSUMA kali ke-21 tahun 2022 ini, telah bermula sejak tahun 2000 yang diadakan di Kampus Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah, walaubagainmana pun kejohanan ini terhenti selama 2 tahun dan tidak diadakan akibat penularan pandemik COVID – 19.
Kontinjen Kelantan seramai 160 peserta diiringi oleh Ketua Kontinejan, Pengurus-pengurus Pasukan dan Jurulatih telah mengikuti kejohanan ini sepenuhnya bermula dari 13 hingga 16 September 2022.
Ini merupakan kali ke 7 Kontinjen YIK meraih johan keseluruhan, iaitu pada tahun 2003 di Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Telekom Taiping, kemudian pada tahun 2008 di Kampus UITM Sri Iskandar, kali ketiga pada tahun 2011 manakala kali keempat pada tahun 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang, kelima tahun 2015 di Bandar Penawar Johor, manakala kali keenam pada tahun 2017 di Kompleks Sukan USM Kubang Kerian.
Kontinjen Kelantan memenangi Johan dalam acara bola sepak, bola tampar lelaki dan ping pong lelaki,Naib Johan dalam acara bola tampar perempuan dan menduduki tempat ketiga dalam acara badminton perempuan.Piala pusingan KESSUMA telah disampaikan oleh YB. Senator Ustaz Datuk Hj. Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Ketua Kontinjen YIK, Tn Hj. Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah. Hadir sama dalam majlis penyampaian berkenaan, Datuk Hajah Hakimah bt Mohd Yusoff Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).