YM Pengarah Sertai Program Bumi Hijau
Pangkal Jenerih, Machang: 20 Sept – YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail telah menyempurnakan program Bumi Hijau di SMU(A) Al Hasaniah, Pangkal Jenerih. Program ini adalah bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang mempunyai tumbuhan dan tanaman yang memberi manfaat pada masa akan datang. Dalam program berkenaan, YM Pengarah telah diberi penghormatan untuk menanam pokok durian kunyit dan juga nenas MD2 di Kawasan lapang berhampiran dengan padang permainan.
Pihak sekolah telah membuat persiapan dengan menyediakan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian peringkat daerah bagi memastikan langkah-langkah penanaman yang diambil menepati kaedah-kaedah yang digunakan diperingkat jabatan pertanian. YM Pengarah melahirkan rasa gembira dan berharap agar program seumpama ini dapat memberi kesedaran awal kepada pelajar-pelajar untuk memupuk semangat menghijaukan bumi dengan tanaman-tanaman yang bernilai tinggi. Beliau berharap pihak sekolah dapat menjaga dan tumbesaran pokok-pokok ini sehingga dapat mengeluarkan hasil pada suatu masa nanti.
Hadir sama dalam program berkenaan, Timbalan Pengarah Sekolah, Hj Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik, Hj. Mohd Zaki b Deraman, Timbalan Pengarah Kenaziran, Hj. Sukeri b. Hussin, Penolong Pengarah Sumber Manusia, Hj. Jazlan b. Omar, Penolong Pengarah Khidmat Pengursan, Hajah Azah bt Abd Rahman, Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Azri b. Ahmad Robert, Akauntan, En. Yulfaisal b Yusoff dan Pegawai Tenologi Maklumat, Encik Nik Ramzi Al Samadi b. Abd. Samad.