Kursus Asas Kewartawanan
Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong: 3 Jan - Yayasan Islam Kelantan(YIK) telah mengadakan Kursus Asas Kewartawanan kepada semua pemberita lapangan mewakili unit – unit dalaman di Ibu Pejabat YIK yang terdiri dari 23 orang kakitangan dan pegawai Yayasan Islam Kelantan.
Kursus sehari berkenaan telah di sampaikan oleh En. Nor Shayaumil Qhairil Eeman bin Muhammad Nor di Bilik Gerakan YIK. Beliau yang merupakan Guru KPM dan bertugas di sekolah kelolaan YIK juga merupakan wartawan sambilan kepada akhbar Berita Harian.
Timbalan Pengarah Kenaziran merangkap ketua editor buletin Suara YIK, YBrs Tn Haji Sukeri b. Hussin berharap agar para peserta mengambil manfaat dari pengalaman En. Nor Shayaumil dan mengaplikasikan teknik mengarang mengikut kaedah kewartawanan di dalam buletin akan datang. Majlis dirasmikan penutup oleh YBrs En. Mohd Khalis Syafiq b. Mohamad Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan YIK.