Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
15 Januari, 2023

Kunjungan Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Kelantan Ke Yayasan Islam Kelantan

15 Januari, 2023

Kompleks pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong: 15 Januari -  Rombongan Pejabat Lembaga Tabung Haji Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YM Pengarah YIK pada 15 Januari 2023.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Kelantan, Tn. Hj Ashrof b. Shamsudin turut sama disertai oleh Hj. Ahmah Harith b. Che Hassan Ketua Pemasaran Tabung Haji Negeri, Abdullah b. Mohd Roslan, Ketua Pentadbiran Tabung Haji Negeri, dan Abdullah b. Mat Hassan, kakitangan pemasaran Negeri Kelantan. Dalam kunjungan ini, Pengarah Lembaga Tabung Haji negeri menyatakan komitmen untuk sama-sama membantu sekolah- sekolah YIK meningkatkan lagi prasarana dan kemudahan-kemudahan pendidikan khususnya bagi memartabatkan agensi pendidikan di kalangan umat Islam.

Sebagai langkah pertama penyaluran zakat kepada institusi pendidikan sekolah-sekolah YIK bagi tujuan penyaluran sumbangan zakat berkenaan. Beliau turut mengumumkan sebanyak RM30,000.00 telah dipersetujui untuk diserahkan kepada pentadbiran Yayasan Islam Kelantan untuk disalurkan kepada program-program yang sesuai dengan penggunaan sumbangan zakat.

Dalam masa yang sama, YABrs. Pengarah Lembaga Tabung Haji memohon daripada Yayasan Islam Kelantan untuk memberi laluan mengadakan program-program kempen membuka akaun Tabung Haji di sekolah-sekolah. Ini menurut beliau jumlah yang membuat potongan bulanan di Tabung Haji adalah seramai 332 orang kakitangan dengan jumlah potongan sebanyak RM 636,928.00 sebulan, berbanding dengan jumlah kakitangan termasuk guru melebihi 2,600 orang.

Beliau berharap pertemuan ini menjadi titik mula untuk menyemarakkan lagi kempen menabung dalam akaun Lembaga Tabung Haji. Sekaligus dapat meningkatkan jumlah dana dan dapat memberi pulangan dalam bentuk zakat yang lebih tinggi untuk kepentingan umat Islam secara keseluruhannya.

Turut sama dalam pertemuan ini En. Mohd Khalis Syafiq b. Mohamad Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan, Tn. Hj. Che Kamarudin b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Sekolah, Tn. Hj. Sukeri b. Hussin, Timbalan Pengarah Kenaziran, En. Mohd Yulfaisal b. Mat Yusoff Akauntan dan En. Khairul Azri b. Ahmad Robert, Penolong Pengarah pembangunan Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib