Maahad Muhammadi Perempuan Terpilih Untuk Projek Rintis Baitus Solehah
Kota Bharu: 31 Januari – Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu telah dipilih oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKwa) untuk projek Rintis Baitus Solehah yang memberi penekanan amali kepada pelajar untuk menghadapi cabaran kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.
Majlis perasmian Baitus Solehah telah disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Mumtaz bt. Hj. Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pemubangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan pada 31 Januari 2023 di perkarangan asrama perempuan Maahad Muhammadi Perempuan.
Pihak U-KeKwa dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM110 ribu untuk menyiapkan sebuah premis kecil dengan keluasan 1,000 kaki persegi dilengkapi dengan kemudahan peralatan rumah seperti set bilik tidur, sofa, meja makan, mesin basuh, peti ais dan peralatan dapur yang lengkap untuk memudahkan pelaksanaan amali kepada pelajar dengan situasi sebenar pengurusan rumah tangga dengan latihan amali masakan dan dekorasi rumah kediaman.
YB Dato’ berkata, pihaknya bersedia untuk membekalkan tenaga pengajar serta pembimbing Wanita bagi membuat pelajar – pelajar melaksanakan urusan sebagai seorang suri rumah secara praktikal. “Kita tidak mahu nantinya MMP menjadi pengeluar tenaga korporat, profesional dan teknokrat yang terkenal tetapi tumpas di dapur sendiriâ€.
Anak-anak pada zaman kecanggihan teknologi hari ini perlu dibimbing dengan semaksima mungkin untuk menyediakan diri sebagai seorang wanita sebenar bukan setakat hebat dalam pencapaian akademik tetapi juga hebat mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak sehingga dapat menjadi benteng kepada kekuatan beragama dalam masyarakat dan negara.
Beliau memberi jaminan bahawa program yang dilancarkan tidak mengganggu sistem pembelajaran YIK sedia ada malah menjadi nilai tambah kepada ilmu kemasyarakatan pelajar dan mampu bangkit sebagai “wanita seanggun Saidatina Fatimah az-Zahrah (R.A)â€
YB Dato' turut turut merasmikan pelancaran Buku Suri Mithali karangan Wan Nur Ainon Abdullah sebagai manual pelengkap ilmu pengurusan rumah tangga yang mengandungi tujuh bab berkaitan keperluan suri rumah. Buku tersebut merupakan buku pertama yang diterbitkan di Malaysia yang komprehensif merangkumi semua aspek keperluan suri rumah tanpa mengira usia, bangsa dan agama kerana ianya bersifat universal dan menyeluruh.
Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan YB. Dr. Wan Martin Binti Wan Yusof, Ahli Dewan Negara, YB Pn. Hjh Rohani Binti Ibrahim, Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, Tn. Hj. Sukeri Hussin Timbalan Pengarah (Kenaziran) mewakili YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, wakil alumni Maahad Muhammadi, guru–guru dan pembimbing Baitus Solehah Maahad Muhammadi Perempuan.