Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
05 Februari, 2023

Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah Perladangan Kelapa Sawit antara Akademi YIK Sdn. Bhd. dengan Dirgamaju Sdn. Bhd.

05 Februari, 2023

Kota Bharu: 5 Feb – Akademi YIK Sdn. Bhd. terus melangkah ke hadapan dengan memeterai perjanjian Pajakan Tanah Perladangan Kelapa Sawit di Mukim Blau, Lojing dengan Syarikat Dirgamaju Sdn. Bhd. Majlis menandatangani perjanjian berkenaan telah diadakan pada pada 5 Februari 2023 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu.

YB Dato’ Dr. Hj. Mohamed Fadzli b. Dato’ Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Akademi YIK Sdn. Bhd, dalam ucapannya mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak syarikat Dirgamaju Sdn Bhd atas kepercayaan untuk saling bekerjasama dalam meraih kebajikan duniawi dan ukhrawi. Beliau percaya kerjasama ini akan diperkukuhkan dari masa ke masa sebagai suatu alternatif menyumbang dana kewangan mengurus sekolah-sekolah agama di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan. "Insya Allah dengan nawaitu dan niat yang baik kita akan dilimpahi keberkatan oleh Allah SWT", ujarnya.

Sementara itu, dalam ucapan aluan YBgia Dato' Hj. Zulkifli b. Ismail, Pengarah Urusan yang mewakili Syarikat Dirgamaju Sdn. Bhd. mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan ini dan akan berusaha sedaya mungkin untuk meningkatkan hasil dan pendapatan ladang di PT 46 Mukim Blau, Jajahan Kecil Lojing.

Di majlis yang sama, syarikat Dirgamaju Sdn. Bhd. menyampaikan cek cura berjumlah berjumlah RM248,600.00 kepada Akademi YIK Sdn. Bhd.

Turut menyaksikan perjanjian berkenaan YB. YB Dato Haji Norazman b. Abd Ghani, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Idham b. Hj Abdul Ghani, Penasihat Undang-undang Negeri, Hj. Mohd Anis b. Hussein, Ketua Jajahan Kota Bharu, Hj. Ab Aziz Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Timbalan-timbalan Pengarah YIK, Penolong-penolong Pengarah, En. Khairul Fatmee b. Jusoh, Pengurus Akademi YIK Sdn Bhd. dan pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib