Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
07 Februari, 2023

Lawatan Rombongan Gabenor Sumatera Barat Ke Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan

07 Februari, 2023

Kota Bharu : 07 Februari – Dinas Pendidikan Kabupaten Agam Provinsi Sumatera Barat telah mengadakan kunjungan ke Negeri Kelantan dan turut mengunjungi Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Rombongan seramai 197 orang itu terdiri daripada Kepala-kepala Sekolah dan pelajar-pelajar SMA (Sekolah Menengah Atas) Republik Indonesia. Delegasi berkenaan pada awalnya diketuai sendiri oleh Gabenor Sumatera Barat walau bagaimanapun terpaksa di wakilkan kepada En Mardison  dan juga Puan Raswil dari SMA 1 Negeri Tilatang Kamang.

Di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, rombongan disambut oleh YM Pengarah Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Hj. Che Kamarudin b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Sekolah dan  Hj. Mohd Zaki b. Deraman, Timbalan Pengarah Akademik. Manakala di Maahad Muhammadi Perempuan pula rombongan pelajar perempua di sambut oleh En. Mohd Khalis Syafiq b. Mohamad Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hj. Sukeri b. Hussin, Timbalan Pengarah Kenaziran.

Dalam ucapan En. Mardison Maahad Muhammadi Perempuan, beliau menzahirkan rasa sangat bertuah dan amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan pihak sekolah terhadap sambutan diluar dugaan malah menyanjung tinggi usaha–usaha yang dilakukan oleh Yayasan Islam Kelantan dalam mengurus perjalanan pendidikan agama di negeri ini.

Lawatan ini katanya,  adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan kerjasama dua hala alam rangka kerajaan Republik Indonesia sedang membina sukatan pelajaran baharu yang dinamakankan sebagai “Kurikulum Merdeka”. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini adalah lebih fleksibel dan pihak kerajaan telah memberi kebebasan untuk pihak sekolah mengembangkan aktiviti sendiri tetapi dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh pihak pemerintah. Anak-anak pelajar ini akan diberi upaya belajar budaya lain disamping memperkukuhkan budaya sendiri.

Turut serta dalam menyambut dan mengiring rombongan berkenaan adalah Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki, Hj. Kamarjan b. Abdul Rahman dan Maahad Muhammadi Perempuan, Hj. Ahmad Pakhruddin b. Deraman. Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Hjh. Nur Azah bt. Abdul Rahman dan pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan dan juga guru–guru sekolah.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib