Kunjungan Mahabbah KIAS ke Yayasan Islam Kelantan
Kompleks pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong : 5 Februari - Rombongan Pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra(KIAS ) yang diketuai oleh Dr. Mohd Ramizu b. Abdullah @ Zakaria, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) telah mengadakan kunjungan mahabbah kepada YM Pengarah YIK pada 5 Februari 2023.
Kunjungan ini adalah bertujuan mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan YIK dalam usaha mempromosi kemasukan pelajar ke KIAS. Memandangkan jumlah pelajar YIK lepasan SPM dan STAM setiap tahun berjumlah melebihi 7 ribu orang setahun, ini merupakan peluang yang cukup terbuka untuk menarik lebih ramai lepasan pelajar YIK mengikuti kursus yang ditawarkan oleh KIAS.
Pihak YIK sentiasa menyokong dan mengalu-alukan usaha murni ini dan berharap agar gerak kerja promosi ini memberi manfaat bersama antara YIK dan KIAS.
Pihak KIAS turut disertai oleh Dr. Tuan Mohd Sapuan b. Tuan Ismail, Dekan Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Dr. Hj. Wan Sulaiman b. Wan Yusoff, Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Hj. Mansor b. Hj. Daud, Pengawai Perhubungan KIAS, Ust. Mohd Zahari b. Sulaiman, Ketua Penolong Pendaftar Pengkuliah, Kemasukan & Rekod dan Peperiksaan, Pn. Syahidatul Akmal bin Faizi, Penolong Pendaftar Promosi dan Perhubungan Awam dan Pn. Siti Juliani buat. Mat Jusoh, Pegawai Khas kepada Rektor.
Turut sama hadir dalam pertemuan ini En. Mohd Khalis Syafiq b. Mohamad Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan, Tn. Hj. Che Kamarudin b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Sekolah dan Tn. Hj. Sukeri b. Hussin, Timbalan Pengarah Kenaziran, Ust. Harun b. Ismail, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Dr. Hjh. Nasuha bt. Musa, Penolong Pengarah Kenaziran.