Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
22 Februari, 2023

YIK Perkasa Integriti Kakitangan Jauhi Rasuah Melalui Ikrar Bebas Rasuah

22 Februari, 2023

Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong: 22 Feb 2023 - Yayasan Islam Kelantan(YIK) terus melangkah ke hadapan memperkasa integriti kakitangan jauhi rasuah di kalangan kakitangan awam.

Satu majlis menandatangani ikrar bebas rasuah YIK telah diadakan 22 Februari 2023 bertempat Bilik Seminar YIK.

Majlis ini telah dihadiri oleh 141 orang warga pejabat YIK dan 7 orang pegawai terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan SPRM. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Selain daripada sesi bacaan ikrar, majlis turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen IBR oleh YM Pengarah YIK Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail, Pengarah Yayasan Islam Kelantan sebelum menyerahkan dokumen tersebut kepada KPKPj Rosli b. Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan.

Terdahulu satu ceramah pemantapan integriti dalam Perkhidmatan Awam dan kesalahan-kesalahan rasuah oleh Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kelantan, Ps Wan Siti Junaida bt. Ismail.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kelantan PPj Najwa bt. Mohd Sabry, timbalan-timbalan pengarah, penolong-penolong pengarah, pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib