Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
31 Mac, 2023

16 Pelajar Yayasan Sabah Diterima Menyambung Pelajaran Ke Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan

31 Mac, 2023

Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong : 22 Mac – Seramai 16 orang pelajar tajaan Yayasan Sabah diterima menyambung pelajaran di Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan bagi sesi pengajian 2023/2024.

Majlis sambutan pelajar-pelajar berkenaan telah diadakan pada 22 Mac 2023 bertempat di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong Kota Bharu Kelantan.

 Pelajar-pelajar ini ditempatkan di Mahaad Muhammadi Lelaki seramai 2 orang, Maahad Muhammadi Perempuan 2 orang, Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong 4 orang, Maahad Sains Tok Guru 2 orang, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman 2 orang, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah 2 orang dan Maahad Tahfiz Al Quran As Saadah Beta Hulu 2 orang.

Yayasan Sabah yang diwakili oleh En Roslan Bin Khairuddin, Ketua Pegawai Tadbir cawangan Kuala Lumpur menyampaikan gimik penyerahan pelajar kepada YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Hj Engku Rajhan Bin Engku Ismail dengan disaksikan oleh semua pengetua dari 7 buah sekolah yang terlibat.

Pihak Yayasan Sabah bercadang untuk mengadakan hubungan yang lebih erat dan menandatangani MOU kerjasama bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar tajaan Yayasan Sabah di negeri Kelantan. Usaha  ini telah dirintis dengan pertemuan dengan Puan Bahi, Pengerusi Yayasan Sabah dan persetujuan telah di capai untuk menentukan kouta dan jumlah pelajar seramai 20 orang.

Pihak YIK telah memberi kerjasama dan mengadakan ujian lisan dan bertulis kepada pelajar-pelajar berkenaan di negeri Sabah dan menyediakan tempat kepada pelajar yang berjaya. Urusan perjalanan dan logistik pelajar -pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sabah.

YM Pengarah YIK dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dan terima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan oleh Yayasan Sabah. "Meskipun kemudahan prasarana dan pembangunan di sekolah-sekolah YIK tidak setanding dengan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, namun hasrat utama adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai jati diri dan membentuk insan bertaqwa",ujarnya. Hadir sama, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai dan pengetua serta wakil-wakil dari Maahad-maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib