4 Pelajar YIK Memperolehi 10 Mumtaz Dalam Semua Mata Pelajaran STAM 2022
Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong : 18 April - Pelajar Yayasan Islam Kelantan telah menunjukkan keputusan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumumkan pada 18 April 2023.
4 orang pelajar mencapai mumtaz dalam semua 10 mata pelajaran, manakala 44 pelajar mencapai pangkat Mumtaz ( Pangkat 1).
4 Pelajar cemerlang yang telah mengharumkan sekolah adalah Hafiz Hakimi bin Ahmat @ Ahmad dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Mohamad Adam bin Rozani dari Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, Che Muhammad Hanif bin Che Zahari dari Maahad Muhammadi Tumpat dan Najihah Sles dari Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor.
Peperiksan STAM tahun 2022 telah diduduki oleh 1,188 pelajar melibatkan 25 pusat peperiksaan. Jumlah calon meningkat seramai 160 berbanding tahun 2021 iaitu seramai 1028. Daripada jumlah calon tersebut, seramai 594 pelajar atau 50.00 peratus memperolehi lulus peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (Lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.
Sekolah yang mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat memperolehi (GPS : 1.80), diikuti Kolej Tahfiz Sains memperolehi (GPS : 2.33) dan Maahad Muhammadi Lelaki memperolehi (GPS : 2.50).
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Yayasan Islam Kelantan telah diumumkan oleh Timbalan Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi Negeri Kelantan, YB Ustaz Azhar bin Salleh di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan Tunjong pada 19 April 2023.
Melalui keputusan yang diumumkan ini,YB Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kelantan berharap agar pihak yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung atas pencapaian ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan JAKIM atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan agama dan arab di negeri ini.
http://www.yik.edu.my/index.php/capaian-pantas/berita/511-4-pelajar-yik-memperolehi-10-mumtaz-dalam-semua-mata-pelajaran-stam-2022