90 Pelajar Memperolehi 10 Mumtaz Dalam Semua Mata Pelajaran Bagi Peperiksaan SMU/SMU(DINI)/SMTQ 2022
Calon berdaftar peperiksaan awam kelolaan Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan tahun 2022 seramai 6,447 orang calon. Daripada jumlah tersebut seramai 5,643 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama, 641 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama (Dini), 109 orang calon bagi Sijil Menengah Tahfiz Al Quran dan 54 orang calon bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok.Â
Pelajar yang lulus dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun 2022 seramai 5808 orang atau 94.19 % daripada jumlah calon seramai 6166 orang iaitu lulus sekurang- kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut. Keputusan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.75%.
Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 934 calon berbanding 1437 calon pada tahun 2021.
Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan seramai 1623 calon berbanding 1671 calon pada tahun 2021. Pencapaian pangkat Jayyid seramai 1695 calon berbanding 1859 calon pada tahun 2021 dan pencapaian pangkat Maqbul seramai 1556 calon berbanding 637 calon pada tahun 2021
Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran seramai 90 orang manakala calon yang mendapat pencapaian pangkat Mumtaz seramai 934 orang.Â
Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Al Quran Darul Saadah Lilbanat memperolehi (GPS :1.19), Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah memperolehi (GPS :1.28) dan Maahad Sains Tok Guru memperolehi (GPS :1.30)
Keputusan ini menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan SMU/SMU (Dini)/SMTQ sebanyak 1.75 % berbanding tahun 2021.
 Manakala bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), seramai 53 orang calon telah menduduki peperiksaan. Jumlah calon menurun seramai 04 orang berbanding tahun 2021 seramai 57 orang calon.
Pelajar yang lulus pada tahun 2022 ialah seramai 38 orang calon dengan peratus kelulusan penuh 71.70 % berbanding 66.67 % tahun 2021.
Pangkat 8 Mumtaz bagi semua mata pelajaran tiada seorang pun calon, manakala pangkat Mumtaz juga tiada seorang pun calon, pangkat Jayyid Jiddan seramai 09 orang, pangkat Jayyid seramai 13 orang dan dan pangkat maqbul seramai 16 orang.
Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.03 %Â berbanding tahun 2021.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â