Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
07 September, 2023

Kunjungan YIK Ke MAIK

07 September, 2023

Kota Bharu: Pengarah Yayasan Islam Kelantan,YABrs. Tuan Haji Nik Hasanuddin bin Nik Hussain serta rombongan  YIK telah mengadakan kunjungan ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 24 Ogos 2023.

Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara lebih jelas tentang pelaksanaan Pematuhan Standard Akaunting System For Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan) yang telah dilaksanakan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

MAIK telah diberikan pengiktirafan Pematuhan SAGA bagi Sistem Kewangan dan Perakaunan pada 29 November 2022.

Pasukan pembentang bagi Kewangan MAIK diketuai oleh Yang Berusaha Puan Nik Aziah binti Daud, Akauntan MAIK. Sementara pasukan dari Unit Teknologi Maklumat MAIK pula diketuai oleh Yang Berusaha Puan Marziati binti Yusoff selaku Pegawai Unit Teknologi Maklumat MAIK.

Untuk makluman, SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan atau Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh JANM dan Kriteria Pematuhan SAGA. 

Hadir dalam kunjungan berkenaan Timbalan Pengarah Pengurusan, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Penolong Pengarah Sumber Manusia, Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat dan beberapa penolong pegawai dari unit Kewangan, Teknologi Maklumat dan Khidmat Pengurusan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib