Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
17 Oktober, 2023

Pertandingan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Kali ke-9 Tahun 2023

17 Oktober, 2023

Kuala Lumpur: 22-24 Sep – Seramai 48 pelajar Yayasan Islam Kelantan telah mewakili kontinjen Negeri Kelantan di dalam program Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) peringkat kebangsaan kali ke-9 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAMAIWP) pada 22-24 September 2023.

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) sudah melangkah kali yang ke-9 pada tahun 2023, dan telah bermula sejak tahun 2014 dengan penggiliran tuan rumah mengikut pusingan. Pada tahun ini, program diadakan di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cheras pada 22-24 September 2023. Pada tahun lepas, MIISMAM telah diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah dengan menyaksikan Kelantan dinobatkan sebagai johan keseluruhan.

Pada edisi kali ini, kontinjen Negeri Kelantan telah memperoleh johan dalam acara bacaan kitab turath (lelaki) dan acara syarahan Bahasa Inggeris (perempuan). Manakala acara menulis khat (lelaki) mendapat naib johan. Tempat ketiga diperolehi melalui acara syarahan Bahasa Arab (perempuan).

Majlis Perasmian Penutup MIISMAM telah disempurnakan pada tengah hari Ahad oleh YB. Senator Dato’Setia Dr. Haji Naim bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir iaitu YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah JAKIM, YABrs Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri serta dif-dif kehormat.

Timbalan Pengarah Sekolah, Tuan Haji Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad selaku Ketua Kontinjen MIISMAM 2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kontinjen Negeri Kelantan di atas kesungguhan yang ditunjukkan pada program MIISMAM kali ini. Walaupun tidak mendapat johan keseluruhan, beliau berharap kegagalan kali ini dapat dijadikan iktibar dan menjadi pencetus semangat untuk meningkatkan lagi usaha para kontinjen dan jurulatih untuk memperoleh johan dalam setiap acara dan seterusnya menjadi johan keseluruhan di MIISMAM yang akan datang.

Berikut adalah senarai Kontinjen mewakili Negeri Kelantan yang menjadi johan, tempat kedua dan ketiga di dalam program MIISMAM:

Johan

  1. Abdul Halim bin Roslan – Kitab Turath
  2. Nik Nasreen Insyirah binti Nik Annuar Fathi – Syarahan Bahasa Inggeris (Perempuan)

20230922 MIISMAM D20230922 MIISMAM B

Naib Johan

  1. Nik Abdul Majid bin Nik Rahman Zaki – Khat (Lelaki)

20230922 miismam c

Tempat Ketiga

  1. Iman binti Adil – Syarahan Bahasa Arab (Perempuan)

20230922 MIISMAM A

Penyertaan yang lain adalah seperti:

-Tilawah (Lelaki)

-Tilawah (Perempuan)

-Hafazan (Lelaki)

-Hafazan (Perempuan)

-Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki)

-Syarahan Bahasa Melayu (Perempuan)

-Syarahan Bahasa Inggeris (Lelaki)

-Syarahan Bahasa Arab (Lelaki)

-Khat (Perempuan)

-Kuiz Dini

-Bahas Ala Parlimen

-Kitabul Maqal (Lelaki)

-Kitabul Maqal (Perempuan)

-Nasyid (Lelaki)

-Nasyid (Perempuan)

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib