Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
30 November, 2023

Majlis Sambutan 3 Dekad Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Kelantan Dan Pengisytiharan Penubuhan Maahad Tahfiz Kuala Krai Dan Gua Musang

30 November, 2023

Pengkalan Chepa: 28 Nov – Yayasan Islam Kelantan menganjurkan Majlis Sambutan Tiga Dekad Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Di Negeri Kelantan dan Pengisytiharan Penubuhan Maahad Tahfiz Di Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Gua Musang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan pada 28 November 2023.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan sempena tiga puluh tahun penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong yang telah mengubah wajah pendidikan tahfiz di Malaysia. Pengisytiharan Penubuhan Maahad Tahfiz di Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Gua Musang turut diisytiharkan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Majlis Sambutan Tiga Dekad ini dimulakan dengan pembentangan pertama iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong Pencetus Reformasi Pendidikan Tahfiz Integrasi oleh Prof Madya Dr. Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah, Pensyarah Kuliah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Seterusnya, pembentangan kedua yang bertajuk Prospek dan Potensi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dalam Arus Moden oleh Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Rektor Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR).

Turut hadir memeriahkan majlis, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi dan YABrs Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Majlis turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan dan pengetua-pengetua serta pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib