Pencapaian STAM 2023 Sekolah-sekolah YIK Meningkat
Kompleks Pentadbiran YIK: 26 Mac 2024 - Pencapaian pelajar dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan meningkat 4.55% kepada 54.55% 2023 berbanding 50.00% pada tahun 2022. Peningkatan ini sejajar dengan usaha berterusan semua pihak termasuk sekolah, PIBG dan pihak Yayasan Islam Kelantan sendiri yang sentiasa peka keperluan pelajar termasuk menyediakan seminar, kursus dan latihan-latihan secara berkala.
Sekolah terbaik mengikut Gred Purata Sekolah kategori Maahad Kawalan adalah Maahad Muhammadi Lelaki 2.07 (93.33%), Maahad Muhammadi Perempuan 3.09 (75.56%) dan Kolej Tahfiz Nurul Aman Kok Lanas 3.15 (69.23%). Manakala kategori Maahad pilihan mendahului pencapaian adalah Maahad Muhammadi Tumpat dengan GPS 3.39 (63.16%), diikuti Maahad Saniah Pasir Puteh 3.63 (65.31%) dan Maahad ar Rahmah Kenali 3.77 (57.69%). Kategori Maahad Kerajaan pula, Pusat Pengajian Pondok dengan pencapaian GPS 3.54 (69.23%), Maahad Syamsul Maarif (P) 3.65 (62.50%) dan Maahad Taqaddum Maarif Pasir Tumbuh 3.86 (57.14%). Bagi Kategori Sekolah Bantuan, mendahului pencapaian SMU(A) Meheliah Geting dengan GPS 3.80 (60.00%), SMU(A) Azhariah Melor 4.05 (42.11%), dan SMU(A) Ismailiah Binjai Manis 4.45 (27.27%).
Pada tahun 2023 seramai 891 calon menduduk peperiksaan ini, dengan 3 calon mendapat Mumtaz semua mata pelajaran, 28 mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), 117 Jayyid Jiddan (amat baik), 270 Jayyid (baik) dan 71 mendapat pangkat Maqbul (lulus).
3 pelajar yang mendapat mumtaz 10 mata pelajaran itu adalah Ahmad Mustafid bin Ismail, Putri Aminah binti Mohd Hanif dari Maahad Muhammadi Pasir Mas, dan Nurul Fatihah bint Mohamed dari Maahad Amir Indera Petra.
Majlis pengumuman keputusan STAM sekolah Yayasan Islam Kelantan telah disempurnakan oleh YB Hj. Kamaruzzaman b Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan.
     Â
 Â
Â
Â
Â
Â