19 Mei, 2024
Kunjungan Mahabbah Yayasan Universiti Multimedia dan MMU CNERGY ke Yayasan Islam Kelantan
19 Mei, 2024
Kompleks Pentadbiran YIK: 14 Mei 2024 -Â Yayasan Islam Kelantan menerima kunjungan mahabbah daripada Yayasan Universiti Multimedia (YUM) dan MMU CNERGY. Rombongan tersebut diketuai oleh YBhg Datin Noorlindah Binti Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, CNERGY. Turut serta di dalam rombongan tersebut iaitu Encik Faizul Kamari, Pengurus, Yayasan Universiti Multimedia, Nurul Ema Dewi Binti Mohd Said, Penolong Pengurus, Akaun Perniagaan, CNERGY, dan Prof. Dr. Hairul Azhar Bin Abdul Rashid, Naib Presiden, Market Exploration, Engagement and Touchpoint.
Antara tujuan kunjungan ini ialah untuk menjalin hubungan kerjasama antara Yayasan Islam Kelantan dengan Yayasan Universiti Multimedia dan CNERGY.
Ditulis oleh: Hasif Mazlan