Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
27 Mei, 2024

Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali Ke-14 Tahun 2023

27 Mei, 2024

Kompleks Pentadbiran YIK: 23 Mei 2024 - Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan Majlis Graduasi Tahfiz Kali ke-14 tahun 2023 bertempat di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan, Tunjong. Seramai 300 orang tahfiz yang telah bergelar hafiz dan hafizah diraikan dalam majlis graduasi tersebut.

Majlis Graduasi Tahfiz ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud dengan menyerahkan sijil khatam hafazan kepada 300 graduasi yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Turut hadir bersama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud dengan berbesar hati telah megurniakan  Anugerah Tokoh Tahfiz kepada Long Muhammad Nur Arif bin Muhammad Rafei daripada  Sekolah SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat dan Adeela binti Bukhori daripada Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. 

Selain itu, tiga orang pelajar tahfiz daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Machang, telah berjaya mendapatkan Anugerah Sanad Bacaan Hafazan Syeikh Ahmad Al-Ramadi yang diberikan kepada pelajar yang telah berjaya membaca al-Quran tanpa melihat mushaf 30 juzuk secara hafazan bersama Syeikh Ahmad Al-Ramadi.

Gambar Majlis Graduasi Tahfiz Kali ke-14 Tahun 2023 di sini:  https://drive.google.com/drive/folders/1SotDfqxnsWc9CdBlTBu6xqLYJ_rI3wXI?usp=drive_link

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib