Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
27 Jun, 2024

Karnival Robotik & Inovasi Negeri Kelantan 2024 (K-RINK 2024)

27 Jun, 2024

Kompleks Pentadbiran YIK: 24 Jun 2024 – Karnival Robotik & Inovasi Negeri Kelantan 2024   (K-RINK 2024) telah disempurnakan oleh YB Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.

Karnival Robotik dan Inovasi Negeri Kelantan 2024 (K-RINK 2024) di bawah Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) telah berjaya dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan, bertempat di Dewan Besar, Yayasan Islam Kelantan dengan penyertaan seramai 29 buah sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan yang diurus setia oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan dan Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. selaku urus setia bersama dengan kerjasama rakan kolaborasi strategik Robotics System Enterprise (DRABOT).

K-RINK 2024 bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam pemikiran logik dan sistematik melalui pengaturcaraan dan pembinaan robot.

Di samping itu modal insan yang inovatif, kreatif, interaktif dan berdaya saing dapat dipupuk dan menampilkan bakat baharu dalam kalangan pelajar melalui penyertaan K-RINK 2024.

Bagi kategori pertandingan robotik, johan dimenangi oleh Aishah Humaira binti Mohammad Noor dan Asiah Hannah binti Mohd Haruzi daripada Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, naib johan pula, Muhammad Rayyan bin Rosemady dan Aniq Harraz Mirza bin Ahmad Buhairi daripada Maahad Raudhah An Nazirin dan diikuti Nuha Humaira binti Mohd Fahmi Nur Huda Mawaddah binti Rosni daripada Maahad Muhammadi Perempuan bagi tempat ketiga.

Bagi kategori pertandingan inovasi, Nik Nur Aisyatul Aliya binti Nik Jamaludin dan Najihah binti Norfaizul daripada Maahad Muhammadi Gua Musang dinobatkan sebagai johan, manakala Aini Salsabila binti Hamzah dan Maryam Fathonah binti Ahmad Mukhtar daripada Maahad Muhammadi Perempuan pula sebagai naib johan dan Nor Farhani binti Hashim dan Nor Fazrin Diana binti Ahmad Fadhly daripada Maahad Muhammadi Muhammadi Pasir Pekan ditempat ketiga.

 Karnival Robotik Negeri Kelantan 2024

Karnival Robotik Negeri Kelantan 2024 2

Karnival Robotik Negeri Kelantan 2024 3

Karnival Robotik Inovasi Negeri Kelantan 2024

Karnival Robotik Inovasi Negeri Kelantan 2024 2

Karnival Robotik Inovasi Negeri Kelantan 2024 3

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib