Majlis Perasmian Penutup Mahrajan Riadhi Sekolah-sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan (MASSAK) 2024
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu: 11 Julai 2024 – Majlis Perasmian Penutup Mahrajan Riadhi Sekolah-sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan (MASSAK) 2024 telah disempurnakan oleh YB Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.
Sebanyak 9 acara telah dipertandingkan iaitu 5 acara bagi kategori lelaki merangkumi bola sepak, bola tampar, badminton, ping pong dan sepak takraw. Manakala 4 acara bagi kategori perempuan pula ialah bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong.
Bagi kategori lelaki, dalam acara bola sepak, Zon Kota Bharu 2 telah dinobatkan sebagai johan diikuti oleh Zon Pasir Putih sebagai naib johan dan tempat ketiga bersama kepada Zon Machang dan Kota Bharu 3. Acara bola tampar, johan dimenangi oleh Zon Kota Bharu 1, naib johan pula dimenangi oleh Zon Tumpat dan tempat ketiga bersama oleh Zon Pasir Mas dan Tanah Merah.
Selain itu, bagi acara sepak takraw, Zon Kota Bharu 2 telah dinobatkan sebagai johan, naib johan pula dimenangi oleh Zon Bachok dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Zon Pasir Mas dan Machang. Manakala acara badminton, johan dimenangi oleh Zon Kota Bharu 1 dan Zon Tumpat sebagai naib johan manakala Zon Pasir Mas dan Pasir Putih di tempat ketiga bersama. Akhir sekali, acara ping pong pula, Zon Kota Bharu 1 turut dinobatkan sebagai johan, naib johan pula dimenangi oleh Zon bachok dan tempat ketiga bersama oleh Zon Kota Bharu 3 dan Machang.
Bagi kategori perempuan pula, acara bola jarring telah di menangi oleh Zon Tanah Merah sebagai johan, diikuti oleh Zon Kota Bharu 2 sebagai naib johan dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Zon Jeli dan Machang. Acara bola tampar pula, Zon Tumpat telah dinobatkan sebagai johan, Zon Kota Bharu 1 sebagai naib johan dan Zon Tanah merah dan Jeli di tempat ketiga bersama.
Di samping itu, bagi acara badminton, johan dimenangi oleh Zon Tanah Merah, nain johan pula dimenangi oleh Zon Pasir Mas dan tempat ketiga bersama oleh Zon Kota Bharu 2 dan Machang. Seterusnya, johan bagi acara ping pong telah dimenangi oleh Zon Kota Bharu 2, diikuti oleh Zon Tanah Merah sebagai naib johan dan tempat ketiga bersama pula oleh Zon Kota Bharu 3 dan Tumpat.
Juara keseluruhan bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh Zon Kota Bharu 1, dan bagi kategori perempuan pula dimenangi oleh Zon Tanah Merah manakala juara keseluruhan pula dimenangi oleh Zon Kota Bharu 2.
Gambar Majlis Perasmian Penutup Mahrajan Riadhi Sekolah-sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan (MASSAK) 2024 di sini:Â
https://drive.google.com/drive/folders/1Nu5H8ZGPaizqU8P70I6LDMBItWAO_vBe?usp=sharing