Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 Kerajaan Negeri Kelantan
Dewan Besar, YIK, Tunjong: 14 Julai 2024 – Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 Kerajaan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir bersama YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan dan Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Seramai 1086 orang pelajar yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 menerima anugerah kecemerlangan yang bernilai RM 500.00 yang merupakan insentif Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemberian Cek Cura.
Insentif tersebut telah bermula sejak tahun 2006 hingga sekarang dan telah melibatkan seramai 16,388 orang penerima dengan jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM 8,194,000.00.
Selain itu, insentif ini bukan hanya diberikan kepada pelajar-pelajar dari sekolah Yayasan Islam Kelantan sahaja tetapi turut diberikan kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), MARA dan Swasta.
Â
Gambar Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2023 Kerajaan Negeri Kelantan di sini:Â
 https://drive.google.com/drive/folders/12h4FmRNXeQPxSfmVctm3p4R0fu4ZuqBu?usp=sharing