Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
19 disember, 2024

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2024 Di Yayasan Islam Kelantan

19 disember, 2024

Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong, 18 Disember 2024 – Pusat Bahasa Arab Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia peringkat Yayasan Islam Kelantan pada 18 Disember 2024 bertempat di Bilik Seminar Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong Kota Bharu.

Hari Bahasa Arab Sedunia disambut setiap tahun pada 18 Disember. Tarikh ini dipilih kerana ia bertepatan dengan hari ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi keenam pertubuhan tersebut pada tahun 1973.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah YIK. Dalam majlis tersebut, beliau turut meraikan para pemenang peraduan mengarang Bahasa Arab Majalah Pengasuh Siri 6 bagi tahun 2024, yang melibatkan penyertaan seramai 42 orang pelajar dari sekolah-sekolah YIK.

Johan pertandingan tersebut dimenangi oleh Aufa binti Adnan daripada Maahad Ahmadi, Tanah Merah. Naib johan pula disandang oleh Muhammad Amin Fakhri bin Md Norisham daripada Maahad Sains Tok Guru, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Fariha Ulya binti Mohd Ramizu daripada Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.

Seramai sepuluh pelajar lain menerima hadiah saguhati. Mereka adalah Muhammad Hilmi bin Zulkifli dari Maahad Muhammadi Pasir Mas, Mujiburrahman bin Ahmad Fadhli dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Nur Ain Syafiqah binti Mohd Romizi dan Harizh Luqman bin Helly dari Maahad Rahmaniah, Siti Nabila binti Ramly dari Maahad Muhammadi Pasir Mas, Tuan Amin Fawwaz bin Tuan Soh dan Abdul Muhaymin bin Mohd Azizi dari Maahad Muhammadi Lelaki, Ahmad Ikrimah bin Norhanjdi dari Maahad Pengajian Islam, Sofiatul Fitriah binti Mat Daud dari Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan Nur Ariana Batrisya binti Mohd Kamarudin dari Maahad Muhammadi Tumpat.

Selain acara penyampaian hadiah, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, termasuk kuiz Bahasa Arab yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta dan penonton. Program ini diharapkan dapat meningkatkan semangat dan minat untuk mendalami Bahasa Arab serta memotivasikan lebih ramai individu untuk mempelajarinya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah, pegawai, serta kakitangan pejabat Yayasan Islam Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib