Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
13 Januari, 2025

Majlis Graduasi SMU Kemboja 2023 Disambut Meriah

13 Januari, 2025

Phnom Penh, Kemboja, 11 Januari 2025 – Majlis Kepimpinan Tertinggi Umat Islam Kemboja telah mengadakan Majlis Graduasi pelajar-pelajar SMU bertempat di Combodia Japan Cooperate Centre (CJCC) Phnom Penh.

Kerajaan Negeri diwakili oleh YB Dato' Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, telah diberi peluang menyampaikan ucapan dan meraikan kejayaan pelajar serta guru SMU bagi tahun 2023 dalam Majlis berkenaan

Turut hadir, Ustaz Sukeri Husin, Timbalan Pengarah (Kenaziran) YIK, Ustaz Anuar Rasid, Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan YIK, serta Ustaz Mohd Zaki Deraman, Pegawai Penasihatan Mufti Kerajaan Kemboja.Sambutan meriah ini menzahirkan komitmen padu pihak Kelantan dan Kemboja dalam menjayakan agenda pendidikan Islam di rantau ini.

Pada tahun ini, seramai 119 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU). Sejarah kerjasama pendidikan antara Kelantan dan Kemboja telah dimulakan oleh Almarhum Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sejak tahun 1996.

Yayasan Islam Kelantan (YIK) bersama Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja berjaya menjayakan peperiksaan ini bermula tahun 2001 dan peperiksaan kali ini adalah buat kali yang ke 24.

Melalui kerjasama ini, telah membuahkan hasil, di mana lepasan institusi pendidikan ini bukan sahaja melahirkan ramai asatizah untuk berkhidmat kepada umat Islam di Kemboja tetapi juga memperkukuhkan pembangunan pendidikan Islam di negara tersebut.

Dalam ucapannya, YB Dato' Ustaz Haji Wan Roslan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan, sambil menegaskan bahawa kejayaan ini adalah bukti keberkesanan usaha kerjasama antara Kelantan dan Kemboja. Beliau berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang di masa hadapan. Program ini sekaligus menandakan komitmen berterusan dalam memartabatkan pendidikan Islam, bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di peringkat internasional.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib