Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
17 Mac, 2025

Majlis Tadarus dan Iftar 1446H Warga Yayasan Islam Kelantan Bersama YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan Pelancaran Kempen Kutipan Dana Wakaf YIK

17 Mac, 2025

Dewan Besar, YIK, Tunjong: 6 Mac 2025 – Majlis Tadarus dan Iftar 1446H Warga Yayasan Islam Kelantan Bersama YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud dan Pelancaran Kempen Kutipan Dana Wakaf YIK telah berlangsung dengan penuh keberkatan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, YB Dato’ Tuan Saripuddin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, warga Yayasan Islam Kelantan (YIK), mudir-mudir serta penolong kanan sekolah-sekolah YIK.

Majlis dimulakan dengan tadarus ayat suci al-Quran, surah Hud, ayat 116 hingga 120 oleh YBrs. Ustaz Ahmad Marwan bin Abdul Rahman, Pegawai Kokurikulum YIK. Majlis diteruskan dengan ulasan ayat dan tazkirah yang disampaikan oleh YB Dato’ Tuan Saripuddin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi.

Majlis diteruskan lagi dengan amanat yang disampaikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang keistimewaan malam lailatulqadar, yang merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan mengingatkan para hadirin agar memanfaatkan malam-malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah dan doa, memohon keberkatan serta rahmat-Nya. Seterusnya, Menteri Besar Kelantan melancarkan satu inisiatif iaitu Kempen Kutipan Dana Wakaf YIK bagi menyokong pembangunan Pendidikan Islam di negeri Kelantan.

Majlis berakhir dengan acara berbuka puasa dan solat Maghrib bersama, di mana para hadirin menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana penuh keakraban dan ukhuwah.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib