Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
14 Ogos, 2025

Kejohanan Badminton Piala Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2025

14 Ogos, 2025

Dewan Persatuan Badminton Negeri Kelantan, Kota Bharu : 9 Ogos 2025 – Kejohanan Badminton Piala Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah berlangsung meriah di Dewan Persatuan Badminton Negeri Kelantan (DPBNK), Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan ini dirasmikan dengan ucapan yang disampaikan oleh YABrs. Tuan Haji Zulfkifle bin Ab Rahman, Pengarah YIK. Turut hadir bersama ialah YBrs. Ahmad Pakhruddin bin Deraman, Timbalan Pengarah YIK (Sekolah), YBrs. Tuan Haji Sukeri bin Hussin, Timbalan Pengarah YIK (Akademik) dan YBrs. Tuan Haji Dr. Zawawi bin Zakaria, Ketua Nazir YIK.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan dari semua sekolah YIK mengikut zon masing-masing. Sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan badminton ini iaitu YIK A, YIK B, Pasir Mas, KB 2, KB 3, Kuala Krai, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Bachok, Machang, KB 1 dan Tumpat.

Pasukan YIK A berjaya muncul juara selepas menewaskan pasukan Pasir Mas di perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama pula dikongsi oleh pasukan KB 1 dan Tumpat.

Penganjuran kejohanan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti untuk merapatkan hubungan ukhuwah dan meningkatkan semangat kesukanan serta mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran sukan badminton dalam kalangan pentadbir serta guru YIK. Tambahan pula, aktiviti ini juga merupakan salah satu wasilah untuk mengekalkan kesihatan diri secara berkumpulan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib