Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
07 Ogos, 2025

Majlis Penutup Program Pengantarabangsaan Pelajar Sekolah Swasta Aliran Agama Thailand Di Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)

07 Ogos, 2025

Dewan Besar, YIK, Tunjong: 31 Julai 2025 – Majlis Penutup Program Pengantarabangsaan Pelajar Sekolah Swasta Aliran Agama Thailand Di Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah disempurnakan oleh YB Ustaz Dato’ Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan. Turut hadir bersama, YB Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

Pelaksanaan program ini selaras dengan usaha pihak sekolah untuk mengantarabangsakan pendidikan aliran Tahfiz dan Agama serta memperluas ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar Thailand melalui pendedahan kepada sistem pendidikan di sekolah-sekolah YIK. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada mereka untuk mengenali budaya tempatan negara ini.

Program ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti aktiviti pembelajaran di sekolah selain daripada sekolah asal mereka. Pendedahan kepada persekitaran yang berbeza ini dapat memperluas serta memperkaya pengalaman pembelajaran mereka di samping mengeratkan jalinan persahabatan dengan pelajar dari sekolah lain

Sebanyak lapan buah sekolah swasta terlibat dalam program ini, antaranya ialah Maahad Darulfurqan Litahfizil Quran, Narathiwat, Thailand yang merupakan sekolah terbesar di Narathiwat, selatan Thailand. Sekolah ini akan melaksanakan program pertukaran pelajar melibatkan kelas Bestari atau dikenali sebagai kelas khas di peringkat menengah rendah. Seramai 111 orang pelajar akan dihantar ke sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mengikuti sesi pembelajaran selama dua minggu.

Melalui program pertukaran pelajar ini, hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang ilmu antara sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan sekolah-sekolah di Thailand dapat diperkukuhkan ke arah peningkatan mutu pendidikan serantau serta dijadikan sebagai penanda aras antara satu sama lain.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib