Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
14 Julai, 2025

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2024 Kerajaan Negeri Kelantan

14 Julai, 2025

Dewan Besar, YIK, Tunjong: 09 Julai 2025 – Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2024 Kerajaan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir bersama YB Ustaz Dato’ Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, YB Dato' Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Encik Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

Seramai 1,301 pelajar cemerlang diraikan dalam majlis ini di mana 1,084 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 51 orang pelajar bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan 166 orang pelajar bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2024 menerima anugerah kecemerlangan yang merupakan insentif kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pelbagai inisiatif diadakan oleh kerajaan Kelantan seperti Tuisyen Rakyat Sejahtera dan E-Tuisyen supaya semua anak Kelantan tidak tercicir daripada akses kepada Pendidikan yang berkualiti.

Selain itu, insentif ini bukan hanya diberikan kepada pelajar-pelajar dari sekolah Yayasan Islam Kelantan sahaja tetapi turut diberikan kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), MARA dan Swasta.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, para guru, ibu bapa serta agensi antaranya Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) dan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) yang banyak menyumbang dalam menjayakan dan menyokong kecemerlangan pelajar negeri ini.

Semoga sumbangan anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi Rabbani yang berilmu, berakhlak dan berbakti untuk agama dan negara.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib