Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
20 Mei, 2025

Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Yayasan Islam Kelantan Bagi Tahun 2024

20 Mei, 2025

Kompleks Pentadbiran YIK: 20 Mei 2025 – Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah Yayasan Islam Kelantan telah disempurnakan oleh YB Hj. Kamaruzzaman b Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan.

Pencapaian pelajar dalam STAM sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan bagi tahun 2024 meningkat sebanyak 2.53% iaitu 57.08% berbanding 54.55% pada tahun 2023. Peningkatan ini sejajar dengan usaha berterusan semua pihak termasuk sekolah, PIBG dan pihak Yayasan Islam Kelantan sendiri yang sentiasa peka keperluan pelajar termasuk menyediakan seminar, kursus dan latihan-latihan secara berkala.

Pelajar yang menduduki peperiksaan STAM di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pada tahun 2024 ialah seramai 897 calon daripada 24 pusat peperiksaan berbanding 891 calon (24 pusat) pada tahun 2023. Seramai 512 pelajar memperolehi lulus peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (Lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.

Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran peringkat Yayasan Islam Kelantan ialah seramai 7 calon. Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 43 calon berbanding 28 calon pada tahun 2023. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 161 calon pada tahun 2024 berbanding 117 calon pada tahun 2023. Pencapaian peringkat Jayyid (Baik) seramai 266 calon berbanding 270 calon pada tahun 2023 dan pencapaian pangkat Maqbul (Lulus) seramai 42 calon berbanding 71 calon pada tahun 2023.

Manakala bagi pencapaian gred purata peringkat Yayasan Islam Kelantan menunjukkan penurunan daripada 3.09 pada tahun 2023 kepada 3.19 pada tahun 2024. Pencapaian lulus mengikut bilangan kertas juga menunjukkan peningkatan iaitu 84.39% berbanding 80.83% pada tahun 2023.

Sekolah terbaik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) bagi kategori Maahad Kawalan adalah Maahad Muhammadi Lelaki dengan GPS 2.10 (98.79%), Maahad Muhammadi Perempuan dengan GPS 2.44 (98.11%) dan Kolej Tahfiz Nurul Aman Kok Lanas dengan GPS 2.80 (92.35%). Manakala kategori Maahad pilihan mendahului pencapaian adalah Maahad Muhammadi Pasir Pekan dengan GPS 2.72 (95.00%), diikuti Maahad Muhammadi Pasir Mas dengan GPS 2.94 (89.59%) dan Maahad Muhammadi Tumpat dengan GPS 3.10 (87.55%). Kategori Maahad Kerajaan pula, Maahad Syamsul Maarif (L) dengan pencapaian GPS 3.03 (90.38%), Pusat Pengajian Pondok dengan GPS 3.19 (86.83%) dan Maahad Syamsul Maarif (P) dengan GPS 3.31 (81.05%). Bagi Kategori Sekolah Bantuan, mendahului pencapaian SMU(A) Ismailiah Binjai Manis dengan GPS 3.69 (79.09%), SMU(A) Meheliah Geting dengan GPS 3.74 (73.79%), dan SMU(A) Azhariah Melor dengan GPS 3.75 (65.56%).

Seramai 7 orang pelajar telah berjaya memperoleh keputusan Mumtaz dalam kesemua 10 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan baru-baru ini. Pelajar-pelajar cemerlang tersebut ialah Muhammad Hilmi bin Zulkifli dan Zakiah Madihah binti Mohd Azlan dari Maahad Muhammadi Pasir Mas, Tuan Mohd Al-Syafie bin Tuan Mohd Saripudin dari Pusat Pengajian Pondok, Nur Ain Ariesya binti Ahmad Tarmizi dari Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Farah Fadlhlinn binti Ismail dan Nur Ain Aqilah binti Abdull Malek dari Maahad Muhammadi Perempuan, serta Tuan Amin Fawwaz bin Tuan Soh dari Maahad Muhammadi Lelaki.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib