Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
09 Mei, 2025

Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan Kali ke-15 Tahun 2024

09 Mei, 2025

Grand Riverview Hotel, Kota Bharu: 8 Mei 2025 – 248 pelajar yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk telah diraikan dalam Majlis Graduasi Tahfiz Kali ke-15 Tahun 2024 bertempat di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu. Jumlah huffaz kali ini terus meningkat kepada 5,370 orang huffaz telah berjaya dilahirkan melalui institusi pendidikan di bawah YIK yang melibatkan 3,573 hafiz dan 1,797 hafizah.

Majlis Graduasi Tahfiz ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan yang telah menyampaikan sijil khatam hafazan kepada 248 pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran. Turut hadir Bersama ialah YB Dato' Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kerajaan Negeri Kelantan, YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah YIK dan Ahli-ahli Mesyuarat Lembaga YIK.

YAB Dato Menteri Besar telah berbesar hati dengan mengurniakan Anugerah Tokoh Tahfiz kepada Muhammad Izzul bin Razali dari sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Machang dan Siti Syaimaa' binti Baharuddin dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Di samping itu, penerima anugerah hafiz terbaik adalah seramai 7 orang. Bagi anugerah al-Quran tulisan tangan terbaik, tempat pertama disandang oleh Ahmad Hafiz Al-Harits bin Haslindan dari Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu. Tempat kedua disandang oleh oleh Aqilah Hayati binti Harizu dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan diikuti oleh Aida Madiha Waheeda binti Rasman daripada Maahad Tahfiz Sains Merah.

Dalam majlis yang sama juga dianugerah sijil syahadah hafazan, kategori 1–10 juzuk seramai 45 orang pelajar. Bagi kategori 1–20 juzuk penerima anugerah adalah seramai 11 orang pelajar manakala kategori 1–30 juzuk penerima anugerah adalah seramai 2 orang. Seorang pelajar tahfiz daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Machang, Muhammad Azmil Syahmi bin Hanafi telah berjaya mendapatkan Anugerah Sanad Bacaan Hafazan Syeikh Ahmad Al-Ramadi yang diberikan kepada pelajar yang telah berjaya membaca al-Quran tanpa melihat mushaf 30 juzuk secara hafazan bersama Syeikh Ahmad Al-Ramadi.

Menjadi aspirasi kerajaan Kelantan agar pengajian ilmu al-Quran terus subur dalam kalangan rakyatnya dan mendapat hidayah dan keberkatan daripada Allah SWT.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib