Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
01 Mei, 2025

Majlis Ramah Mesra Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan bersama Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK)

01 Mei, 2025

Renai Hotel Kota Bharu: 1 Mei 2024 – Majlis Ramah Mesra Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan bersama Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz. Turut hadir bersama ialah YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah YIK, Ahli Majlis MAIK, pegawai dan kakitangan kompleks pentadbiran YIK.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyalurkan bantuan tambahan dana sebanyak RM 2 juta kepada YIK pada tahun ini bagi menyokong usaha memperkasa pendidikan Islam di negeri ini. Peruntukan RM 2 juta ini menjadikan bantuan keseluruhan kepada YIK berjumlah sebanyak RM4.5 juta pada tahun ini. Sebelum ini, RM2.5 juta telah diperuntukkan antaranya bagi menampung emolumen guru-guru dan aktiviti lain yang berkaitan.

Bantuan kewangan yang disalurkan ini bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan makan dan minum di sekolah-sekolah Maahad Tahfiz YIK dan Maahad Sains Tok Guru. Dalam majlis yang sama, MAIK turut menyampaikan zakat wakalah sumbangan daripada Pelaburan Hartanah Berhad kepada asnaf dalam kalangan pelajar YIK yang layak. Seramai 250 orang pelajar daripada 9 buah sekolah menerima sumbangan berkenaan. Yang Dipertua MAIK turut memaklumkan bahawa pelbagai bentuk bantuan dan program telah disediakan oleh pihak MAIK bagi membantu para pelajar termasuklah pemberian Biasiswa Tengku Anis (BTA) MAIK kepada pelajar asnaf fakir miskin melalui bantuan kewangan bulanan bagi mereka yang layak.

Sebelum itu, satu slot sesi motivasi telah diadakan yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Ammar bin Taharn@Taha, Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Tanah Merah Kelantan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib