Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sekolah- sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tahun 2024
Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan: 24 April 2024 – Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sekolah- sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato' Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital & Inovasi Kerajaan Negeri Kelantan.
Seramai 5090 pelajar daripada 82 buah sekolah YIK telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2024. Jumlah calon pada tahun tersebut menurun seramai 430 calon berbanding tahun 2023 seramai 5520 calon. Peratus kelulusan penuh SPM 2024 ialah 97.50% berbanding 96.65% pada tahun 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.86%.
Calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A berjumlah 192 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, seramai 80 pelajar telah memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran. Seramai 4963 calon layak untuk mendapat sijil SPM.
Selain itu, calon yang mendapat pernyataan seramai 114 calon berbanding pada tahun 2023 seramai 151 calon. Manakala calon yang gagal semua mata pelajaran pula ialah seramai 13 calon berbanding 35 calon tahun 2023. Berdasarkan analisis lengkap sebanyak 42 buah sekolah telah mencatat keputusan kelulusan 100%.
Di samping itu, sekolah terbaik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) bagi keseluruhan sekolah dan kategori maahad kawalan ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah, Beta Hulu, Ketereh, Kota Bharu dengan GPS 1.68, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Machang dengan GPS 1.90 dan Maahad Sains Tok guru, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dengan GPS 2.34.
Sekolah terbaik mengikut GPS kategori maahad pilihan ialah Maahad Saniah, Pasir Puteh dengan GPS 3.75, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat dengan GPS 3.84 dan diikuti Maahad Muhammadi Tumpat, Kg. Sedar, Tumpat dengan GPS 3.94. Sekolah terbaik mengikut GPS kategori maahad kerajaan pula ialah Maahad Syamsul Maarif (P), Pulai Chondong, Machang dengan GPS 4.37, Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas, Jeli dengan GPS 4.93 dan Maahad Syamsul Maarif (L) dengan GPS 5.50.
Bagi kategori SMU (A) bantuan pula, SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burung, Tumpat memperoleh GPS 4.20, SMU (A) Diniah Permatang Rambai, Kg. Permatang Rambai, Pasir Puteh dengan GPS 4.47 dan SMU (A) Tarbiah Diniah, Tok Uban, Pasir Mas dengan GPS 5.56. Bagi kategori SABK, SMU (A) Darul Iman, Beris Lalang, Bachok dengan GPS 4.10, SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kuala Kajang, Tanah Merah dengan GPS 4.27 dan diikuti oleh SMU (A) Arabiah, Ternang, Tanah Merah dengan GPS 4.30.
Seterusnya, berikut adalah senarai 80 pelajar yang berjaya memperoleh semua A dalam setiap mata pelajaran yang merupakan wakil daripada 24 buah sekolah YIK. Antara sekolah yang mencatatkan kejayaan cemerlang ialah Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa, dengan seramai 10 orang pelajar berjaya. Mereka ialah Muhammad 'Abqari Baihaqi bin Azlan, Tuan Muhammad Khairul Irfan bin Tuan Kamaruzaman, Wan Azri Zafran bin Wan Mohamed Azmi, Muhammad Arif Najmi bin Mohd Yusnizar, Muhammad Azharuddin bin Musa, Ahmad Mirza Mumtaz bin Zulkifli, Muhammad Alif Akmal bin Mohd Kalimi, Muhammad Amin Fakhri bin Md Norisham, Muhammad Amir Zuhdi bin Ikhwan Sani, dan Ahmad Amirul Haziq bin Mohd Dasuki.
Selain itu, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Machang turut mencatatkan 10 pelajar cemerlang, iaitu Muhammad Salahuddin bin Shamsul, Izzul Islam bin Nuaimi, Muhammad Imtiaz bin Mohd Zahiruddin, Muhammad Adib Hafizi bin Muhammad Apandi, Hamzi Wazif bin Mohd Nordin, Ahmad Danish Danial bin Ahmadul Kamal, Muhammad Afi Syahmi bin Ahmad Adham, Ibrahim Adam bin Sapuan, Ahmad Ramzil Hafiizie bin Rusli, dan Mujiburrahman bin Ahmad Fadhli. Seorang pelajar dari Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Muhammad Asyraaf bin Aziz Rahman, turut tersenarai.
Seterusnya, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pula menyumbang dua orang pelajar, iaitu Nur Raudhatul Jannah binti Khairil Nizam dan Fariha Ulya binti Mohd Ramizu. Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah, Beta Hulu, Ketereh mencatatkan tujuh pelajar berjaya, iaitu Kalsom binti Razali, Nawal binti Najmuddin, Nuha Sarrah binti Hasnan, Nur A'eisyah Fitriyah binti Mohd Fadli, Rifaa' Aqilah binti Mohd Nasir, Suwaibatul Ibtisam binti Saupi, dan Tasneem Najwa binti Sharifudin.
Di samping itu, Maahad Muhammadi Lelaki merekodkan tiga pelajar cemerlang, iaitu Muhammad Aqil Aiman bin Abdul Malik, Tengku Ahmad Al-Aisy Syahmie bin Tengku Mohamad Azli, dan Wan Muhammad Khairy bin Wan Muhammad Jamil. Maahad Muhammadi Perempuan menampilkan sepuluh orang pelajar yang berjaya, termasuk Mawaddah Athirah binti Mohd Roslan, Nur Fatnin Auni binti Musa, Nur Zahrah Ar-Rwaby binti Mohmad Mohmiddin, Syifa' Al-Husna binti Hazman, Tuan Nur Ain Nadhirah binti Tuan Soh, Nur Aisyah Salihah binti Ibrahim, Nurul Madihah binti Mohd Taufik Tee, Tengku Alya Aisyah binti Tengku Azuan, Wan Amalin Tasnim binti Wan Azmi, dan Hanim Najihah binti Mohd Saufi.
Sementara itu, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin menyaksikan kejayaan dua pelajar iaitu Ahmad Rafieqi bin Razali dan Muhammad Airul Aswad bin Mohd Zamri. Dari Maahad Ahmadi, Tanah Merah, seorang pelajar, Nur Amani binti Azman, berjaya memperoleh semua A. Maahad Muhammadi Pasir Mas pula mencatatkan enam pelajar cemerlang, iaitu Balqis binti Mansor Pahmi, Hazirah binti Mohd Rosli, Nur Nabilah binti Mohd Nor, Nurhusna Ayuni binti Mat Husin, Fadhlul Harith bin Zulkefly, dan Muhammad Aliff Haikal bin Zunaidi.
Maahad Muhammadi Pasir Pekan mencatatkan seorang pelajar cemerlang, iaitu Siti Khadijah binti Mohd Asri. Maahad Muhammadi Rantau Panjang pula mencatatkan dua orang pelajar, iaitu Ahmad Mukhlisin bin Ahmad Kamal dan Nor Aini Najihah binti Alias. Maahad Muhammadi Tumpat menyumbang tiga pelajar, iaitu Muhammad Afeef bin Zulkifli, Putri Salsabila binti Mohd Zulkifli, dan Aisyah Nudhrah binti Zulkarnain. Maahad Rahmaniah, Kuala Krai diwakili seorang pelajar, iaitu Syahirah binti Shaidul Bahri.
Dari Maahad Saniah, Pasir Puteh, seramai lima orang pelajar berjaya, iaitu Nur Aisyah Amirah binti Roslee, Siti Khairunnisa binti Jaafar, Azreen Qistina binti Saiful Bahri, Nurul Faizah binti Mohd Zaki, dan Elya Umaira binti Ramani. Maahad Raudhah An-Nazirin, Jerimbong, Jeli mencatatkan seorang pelajar cemerlang, iaitu Siti Darwisyah binti Satria Ahmad Syah.
Maahad Syamsul Maarif (Lelaki) mencatatkan seorang pelajar cemerlang, iaitu Muhammad Haziq Farhan bin Muhammad Fadli. Maahad Syamsul Maarif (Perempuan) pula mencatatkan empat pelajar cemerlang, iaitu Noor Lidya Balqis binti Mohd Nadzari, Nur Aliya Aqilah binti Sanusi, Nur Aliyah Nazihah binti Norazmi, dan Siti Nur Aisyah binti Yusapiza.
Dalam kalangan Sekolah Menengah Ugama (Arab) pula, SMU (A) Azhariah, Melor mencatatkan seorang pelajar berjaya, iaitu Nur Ain Syahera binti Mohd Azizi. SMU (A) Meheliah, Genting, Tumpat pula mencatatkan dua orang pelajar, iaitu Siti Nurkhairunnisa binti Hanapi dan Nur Nadhirah Izzati binti Badiauzaman.
SMU (A) Taqaddum Ilmi, Ketereh pula diwakili seorang pelajar, iaitu Zamarsya Imalin binti Abdullah. SMU (A) Tarbiah Diniah, Tok Uban, Pasir Mas turut menyumbang tiga pelajar cemerlang, iaitu Nur Amalin binti Zulkafli, Syasya Damiya binti Hamdan, dan Nur Aminatul Husna binti Ismail.
Sementara itu, SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kampung Kuala Kajang, Tanah Merah mencatatkan seorang pelajar cemerlang, iaitu Emil Idris bin Ab Razak, dan SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh pula mencatatkan dua pelajar cemerlang, iaitu Maryam Awatif binti Mat Kamal dan Muhammad Rahimi bin Mohd Maslizauddin.
Usaha yang berterusan semua pihak termasuk sekolah, PIBG dan pihak Yayasan Islam Kelantan sendiri yang sentiasa peka terhadap keperluan pelajar termasuk menyediakan seminar, kursus dan latihan-latihan secara berkala telah melahirkan pelajar-pelajar YIK yang cemerlang dalam SPM Tahun 2024.