Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
08 September, 2025

Perbarisan di Stadium Sultan Muhammad IV sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68. 

08 September, 2025

Kota Bharu, 31 Ogos 2025 – Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menghantar satu kontinjen bagi menyertai perbarisan di Stadium Sultan Muhammad IV sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68. 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud. Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa Strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) merupakan bukti komitmen kepimpinan negeri untuk terus berpegang teguh kepada prinsip syariat dalam urusan pentadbiran.

Menteri Besar Kelantan menerangkan bahawa PMBI yang lahir daripada dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sejak lebih tiga dekad lalu adalah cerminan erti kemerdekaan hakiki. Dasar ini diteruskan hingga kini sebagai usaha menzahirkan makna kemerdekaan sebenar iaitu kebebasan daripada pengaruh luar serta kepatuhan hanya kepada peraturan Allah SWT.

“Apabila kita dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negeri, syariat Islam menjadi panduan dan haluan agar amanah sebagai khalifah Allah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Inilah erti kemerdekaan hakiki,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Kelantan di stadium tersebut malam tadi.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat agar memperbaharui azam untuk memajukan negeri dengan berpandukan ajaran Islam, bukan sekadar dari sudut pembangunan fizikal, tetapi juga dalam aspek pembinaan jati diri, akhlak, serta seluruh sistem kehidupan agar selaras dengan kehendak Allah SWT.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib